Friday 21 September 2012







Kampung Losong di Kuala Terengganu amat terkenal di seluruh negara kerana Keropok Lekor. Keropok Lekor merupakan makanan tradisional popular di Negeri Terengganu.

Perusahaan Keropok Lekor di Kampung Losong ini diiktiraf sebagai Pusat Perniagaan Keropok Lekor di Terengganu oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

 Apabila tiba musim cuti, setiap kedai keropok di Kampung Losong menjual sehingga 500 kg Keropok Lekor dalam sehari.










Keropok Lekor Kampung Losong dikenali ramai kerana bentuknya yang kecil iaitu sepanjang 12.7 cm. Bentuknya inilah yang membezakan Keropok Lekor Kampung Losong dengan yang lain. Kampung Losong terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu.


 


Lokasi kampung ini yang berdekatan dengan Bandar Kuala Terengganu, Taman Tamadun Islam (TTI) dan Muzium Negeri Terengganu, menjadikan Keropok Lekor Kampung Losong ini semakin dikenali ramai.